Wednesday, September 30, 2009

BICARA UNDANG-UNDANG ISLAM

Setujukah ANDA hukuman HUDUD dilaksanakan dalam negara MALAYSIA...???

Hudud adalah hukum yang ada dalam dalam al-Quran dan al-Sunnah, tiada siapa berhak mempertikaikannya. Namun sebelum dilaksanakan, ada banyak persoalan yang perlu ditangani. Bukan soal setuju atau tidak, persoalannya sejauh manakah jika hukuman ini dilaksanakan ia mencapai maksud dan tujuan hukuman tersebut???.

Tujuan hukuman adalah untuk melaksanakan KEADILAN dan memberikan PENGAJARAN sesuai dengan ajaran Islam. Hukuman mestilah memberikan natijah yang baik kepada Islam dan mampu menaikkan imej Islam serta memberikan nilai yang positif kepada masyarakat termasuk diri yang dihukum. Jika ia memberikan kesan yang negatif, maka maksud hukuman itu akan tersasar.

Berbicara tentang hudud, ada dalam kalangan kita yang bersetuju akan hukuman ini dilaksanakan tapi tidak kurang hebatnya yang membantah dengan alasan sendiri . Ramai yang blind imitation dalam memperkatakan hukuman jenayah dalam Islam ini. Sama ada hanya terikut-ikut dengan media, atau terikut-ikut teks kitab-kitab lama. Ramai yang tidak menyemak tentang maksud, kaedah, keadaan, suasana dan keluasannya.

Seseorang Muslim yang faham tidak mungkin menentang hudud, tetapi mungkin bertanya adakah suasana yang menyebabkan perlaksanaan hudud yang adil dan berkesan wujud pada sesuatu tempat dan masa untuk menjadikan ia mencapai tujuannya??? Apabila syarat dan suasana itu wujud, maka hudud dilaksanakan. Ketika itu akan dapat dilihat keadilan, keindahan dan kesan hukuman tersebut yang bertujuan untuk kebaikan manusia.

Dalam hadis sahih, Nabi s.a.w bersabda: “Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi).

Al-Imam Tirmizi ketika meriwayat hadis ini menyebut: “Sebahagian ilmuan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.

Persoalan berkaitan kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapohan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati. Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam.

Maka perjuangan mewujudkan suasana yang conducive itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud terpancarlah kesan dan keindahannya.

Di samping, hukuman yang hendak disandarkan kepada Islam itu, bukan sahaja mesti adil, tetapi juga kelihatan adil.

3 comments:

mieza,  October 5, 2009 at 7:11 AM  

~~salam...
sebagai negara islam,MALAYSIA seharusnya menjalankan hukum hudud walaupun penduduknya berbilang bangsa dan agama..setiap perkara yang disuruh Allah mempunyai hikmah dan pengajaran disebaliknya..walaupun terdapat pandangan orang ramai yang mengatakan hukum hudud ini tidak berperikemanusiaan tetapi apabila kita fikirkan tentang hukumannya, adakah kita akan melakukannya??sy pasti jawapannya tidak dan segala masalah tidak akan berlaku lagi..

Anonymous,  October 7, 2009 at 10:49 AM  

aku stuju sgt kalo hukum hudud dilaksanakan..

eMmA October 16, 2009 at 11:07 AM  

salam..
ana stju gak dilksanakan demi keamanan dan pengjaran semua pihak khusuya umat Islam
Secara x langsung kes jenayah dapt dibndung...

MALAYSIAKU

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP