Tuesday, September 29, 2009

AKIDAH ISLAM

ADUHAI KAHAR OH KAHAR...

Kita sering mendengar pepatah melayu yang menyatakan "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua". Mana tidaknya, akhirnya si tupai tadi mati ditembak oleh tuan empunya dusun buah-buahan tatkala musim buah tiba kerana sikapnya yang suka mencuri dan merosakan buah-buahan yang baru saja nak kenal dunia.

Bingkisan ini bukan hendak membicarakan tentang seekor tupai malang tadi tapi berkaitan dengan ajaran sesat yang diketuai oleh si otai bernama Abdul Kahar Ahmad Jalal.

Pemberi maklumat hingga tertangkapnya si otai ini telah menerima habuan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebanyak RM 20,000.00. Pada mulanya JAIS menawarkan RM 10,000.00 sahaja tapi untuk memburu si otai ini kurang mendapat sambutan dari anggota masyarakat dari segi penyaluran maklumat telah menyebabkan JAIS menaikan lagi habuan sebanyak RM 10,000.00 menjadikan jumlah keseluruhannya RM20,000.00.

Persoalannya disini ialah apakah umat manusia kini terlalu cetek ilmu agama sedangkan nabi terakhir yang di utuskan oleh Allah swt ialah Muhamad saw. Keadaan ini telah dirakamkan oleh Allah swt dalam Firman-NYA yang bermaksud" Dan tidak akan kami utuskanmu (Muhamad)melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam".
Amat menyedihkan dan lebih malang lagi ada insan-insan yang bergelar manusia ini telah mengakui adanya "RASUL MELAYU" iaitu Abdul Kahar yang telah menjanjikan dan menberi jaminan kepada pengikutnya akan mendapat syurga kelak.

Oleh itu, satu tindakan drastik telah diambil oleh Bahagian Perancangan dan Strategik, JAIS bagi memulihkan akidah pengikut-pengikut ajaran sesat Kahar ini. Perkara yang membabitkan akidah ini cukup penting serta tidak boleh dipandang ringan dan apa yang penting mereka perlu dipulihkan segara sebelum sebarang kejadian tidak diingini terhadap diri mereka sebagai sumber dipetik dari Shahrom Maarop, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik, JAIS.




2 comments:

~izza~ October 16, 2009 at 9:23 AM  

MasyaAllah inilah yang terjadi apabila umat islam ceteknya ilmu agama. Bukankah Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi khatimul Anbiya'. Mengapa mesti mempercayai adanya golongan-golangan yang sanggup mempersendakan agama mengakui sebagai Nabi. Inilah yang dikatakan umat akhir zaman. Semoga Allah melindungi akidah kita semua. Artikel yang menarik, semoga umat islam bangkit demi mempertahankan umat akidah yang lain.

eMmA October 16, 2009 at 11:11 AM  

salam..
tkutnya skg mcm kes kt dada akhbar memaparkan tntg ajaran sesat..
bg phk yg berwjib mstilah pantau2 demi kesucian akidah umat islam kini..

MALAYSIAKU

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP