Sunday, October 25, 2009

Aku dan kehdupan...



Mengenangkan kehdupanku suatu tika dulu kdg2 membuat ak diam sketika. Mana taknya ak bknya terdiri dr fmly yg berada malah bley diibaratkan "kais pg mkn pg, kais ptg mkn ptg" al-mklumlah ayhku seorng penoreh jer itu pn alhmdulilah wpn hnya sekngkang kera tp cukup 2k membesarkan kmi sefmy 5 adik beradik. Pe yg menariknya kami smer boyz...

Mengingatkan zmn persklahan ak mendpt pendidikn awl di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) itu pn ingt
lg ak bley bp ari jer p bljar..hahahaha.. lgpn umh ak bersblhan ng PASTI 2. PASTI nie dlm kwsan msjid.

Setrusnya fmly ak hntr ke sek.keb. panglima awang (SKPA) tika umurku 7 thun pd thun 1994... besnya dpt msuk drjh 1. Asri bin Chik merupakn guru kls ak berasal dr Qlate. ORangnya baik tp tegas kt murid2nya...

Nk dipndekn cter, time drjh 5 ak tnggal di asrama sdgkn umh ak dkt jer ng
skOl...pelbagai kenangan terindah terpahat kukuh dlm sanubariku. Ingat lg tme ari mgu men bola tngah2 pns then kena mrh ng warden asrama mna taknya kul 1 cmtu men bola ng snior2 pdhal sang mentari tegak ats pala..hik3..dan pling bes skali mgkin xkn ak lupa kena pamping 30x..

Haaa nk taw sbnya, ak ng team2 yg aktif berskan nie terlwt solat solat zhor 30 min tmbhan pula ak nie ketua biro kerohanian lg la membara warden tue..
Aduh ley than gak la berpamping nie..huhuhu..

Tp bnyk lg kenangan suka duka ak di skOl rendah yg xnk ak coretkn kt sini..

Memandangkan sistem pendidikan di Malaysia bg mereka2 yg berumur 13 thun kena la msuk peringkat menengah. Ak pn p la samb bljr kt sek. men Agama Al-Khairiah, Jln Ampangan Pedu (SMUK) dr tingkatan 1-5..di situ ak diajar ilmu agama dan keduniaan..sukanya..

Pd tahun 2005 ak berpndh ke sek. men keb. Agama Kedah (SMKAK) untuk ke tingktn 6. Ak menjejak kaki kt situ tnggal 12 Julai 2005 ari selasa. Haaaa ak la stdent terakhir dftr ke tngktn 6 skol 2..hahahaa


Alhmdulilah seterusnya ak melbarkan syap ke ukM, bangi 2k melnjutkan pljaran dlm program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Dakwah dan Kepimpinan dgn Kepujian. Insyaallah ak akn tmat program nie thun 2010 dan doakan kt insan nie 2k melnjutkan bg program master..

Ermm nie la srba sdikit tntang ak. kalo ada msa lag ak update la segmen ni sb ad anyak lg yg blom ak coretkan.... ntkn.....




Read more...

Thursday, October 15, 2009

CABARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN INTERNET AGENDA UMAT ISLAM

Teknologi maklumat dan internet adalah merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini. Kemunculannya sejak beberapa tahun yang lalu adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya, sehinggakan dalam masa yang singkat telah melahirkan berbagai telekomunikasi yang serba canggih dan di luar dugaan.


Kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.



Di dalam dunia yang serba moden ini, di mana keperluan hidup harian manusia banyak bergantung kepada sains dan teknologi, maka tidak dinafikan peranan yang sangat besar yang boleh dimainkan oleh teknologi maklumat dan internet dalam membentuk pemikiran manusia dan suasana masyarakat yang akan datang.



Perkembangan yang hebat dan pesat ini juga dapat dirasai oleh kita di Malaysia, khususnya umat Islam. Berbagai-bagai tanggapan dan pendapat telah dikeluarkan terhadap senario perubahan ini. Walau bagaimanapun, perubahan yang begitu cepat ini seolah-olah tidak mampu disekat lagi kerana ianya berlaku dengan begitu pantas dan melalui berbagai-bagai saluran.



Bagi kita di Malaysia, khasnya umat Islam, menolak arus perkembangan ini hanya akan membuatkan kita sentiasa ketinggalan di segenap bidang. Sementara menerimanya pula dengan bulat-bulat apa yang disediakan, hanya akan mengundang kepada nilai-nilai yang boleh meruntuhkan nilai-nilai mulia yang telah diamalkan di dalam masyarakat kita Malaysia.



Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam, khususnya di Malaysia, perlu menilai kembali kedudukan kita sebagai umat pilihan dan menyusun agenda-agenda yang perlu dilaksanakan demi untuk mengangkat kembali martabat umat, sesuai dengan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat yang ke 110, yang bermaksud:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada umat manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang munkar. Dan beriman kepada Allah."



Melalui perkembangan teknologi maklumat dan internet ini juga, umat Islam perlu sedar bahawa ianya adalah saluran yang sangat berfaedah dan berkesan sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya. Contohnya, melalui internet umat Islam dapat menyebarkan syiar Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Ianya juga boleh dijadikan sumber maklumat dan ilmu Islam, menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam di serata dunia, bahkan juga boleh dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia. Malah di peringkat kebangsaan pula, kemajuan teknologi maklumat ini boleh digunakan untuk kepentingan bersama seperti perbincangan yang lebih cepat dan berkesan terhadap isu-isu dadah, Aids, gejala sosial dan berbagai-bagai lagi.



Persoalannya sekarang, adakah rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam, sudah bersedia untuk menghadapi cabaran ini? Jika dikaji dengan teliti, kita akan dapati cabaran yang bakal ditempoh nanti bukanlah satu perkara kecil yang boleh ditangani secara sambilan sahaja. Ini adalah kerana perkembangan yang akan dibawa oleh arus pembangunan teknologi maklumat akan menyentuh hampir keseluruhan aspek kehidupan kita.



Oleh hal yang demikian sebagai usaha permulaan untuk merealisasikan penguasaan umat Islam terhadap teknologi maklumat, maka komitmen daripada segenap lapisan masyarakat umat Islam adalah diperlukan. Terutamanya mereka yang berpendidikan yang berkhidmat dengan kerajaan dan juga bukan kerajaan, sektor-sektor swasta, serta juga yang berada di institut pengajian tinggi.



Pada peringkat permulaan ini, mereka inilah yang akan menjadi pemangkin atau penggerak kepada wawasan yang dicita-citakan. Dalam peringkat inilah juga, setiap individu Muslim yang sedar terhadap perubahan dan cabaran teknologi ini, perlu menjadikan dirinya seorang yang celik dan peka terhadap penggunaan teknologi maklumat dan internet. Tanpa ilmu pengetahuan yang cukup di bidang ini, maka kita tidak akan mampu untuk menghadapi cabaran serta menangani perubahan besar yang akan berlaku kelak. Bahkan kita akan ketinggalan di dalam persaingan dengan negara-negara lain. Usaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan adalah merupakan sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam sebuah hadis Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

"Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Muslim, lelaki dan perempuan."
Riwayat Bukhari & Muslim.



Pada peringkat berikutnya pula, kita perlulah memahirkan diri dengan penggunaan teknologi ini. Kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran di peringkat tinggi. Kita tidak mahu pengetahuan teknologi yang dimiliki oleh umat Islam hanya sekadar memiliki sebuah komputer, dan kemudian hanya pandai untuk menaip surat, kertas-kertas kerja, atau bermain video-games. Tahap penggunaan seperti ini adalah terlalu minimum dan boleh dikuasai oleh sesiapapun.



Bagaimanakah kita akan menghadapi kecanggihan teknologi maklumat pada masa akan datang jika masih ramai bakal peneraju negara masih belum terdedah kepada penggunaan teknologi ini secara maksimum, dan tidak berusaha ke arah memahirkan diri dengan teknologi yang boleh membawa faedah yang banyak. Malah agama Islam sendiri menuntut supaya setiap pekerjaan yang kita lakukan itu hendaklah menjadi satu pekerjaan yang terbaik, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seorang melakukan pekerjaannya, dia akan memperbaikinya (iaitu melakukan dengan sebaik-baiknya.)"
Riwayat At Thabrani.



Pada peringkat selanjutnya pula, di samping memiliki kesedaran dan kefahaman serta ilmu yang mencukupi di bidang teknologi ini, maka kita perlulah pula menjadi seorang yang mampu bergerak aktif dan memainkan peranan yang penting untuk menjayakan penggunaan teknologi ini. Sekiranya bukan umat Islam sendiri yang menjadi key-player dalam penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat ini, maka kita akan selama-lamanya meletakkan pergantungannya kepada orang lain. Umat Islam tidak boleh hanya menjadi pemerhati dalam perkembangan dan perubahan ini dan takut untuk melibatkan diri, sedangkan bangsa-bangsa lain telah jauh ke hadapan.



Sindrom duduk dan lihat inilah menjadi salah satu penyakit yang sangat berbahaya kepada umat Islam hari ini. Kerana ianya merupakan satu sikap yang boleh menimbulkan rasa malas dan tidak yakin kepada diri sendiri. Umat Islam perlu mengikis sifat yang sebegini jika kita mahu maju ke hadapan, dan berani menceburkan diri dalam bidang-bidang yang baru dan melihat dengan positif masa depan yang ingin dibina.



Di samping banyak faedah yang dapat dimanfaatkan daripada teknologi maklumat dan internet ini, kita juga menyedari bahawa teknologi yang pada asasnya bersih ini telah disalah-gunakan sehingga menjadi salah satu saluran yang tidak bermaruah. Melalui kemajuan teknologi ini, manusia lebih bebas untuk menyebarkan idea-idea yang berbahaya. Mereka yang mempunyai niat jahat terhadap Islam akan menggunakannya untuk menyebarkan fitnah dan memburukan Islam. Bahan-bahan lucah dan budaya kuning Barat akan lebih mudah disalurkan ke mana-mana sahaja di serata dunia.



Atas kesedaran inilah, maka kita umat Islam khasnya di Malaysia, perlu melihat cabaran yang dibawa oleh teknologi maklumat dan internet ini dari kacamata Islam. Kerana sudah tiba masanya bagi umat Islam untuk memahami dan mengambil segala faedah yang dibawa oleh teknologi ini, termasuklah menghadapi ancaman-ancaman yang dibawanya. Kita perlu mampu menukar cabaran-cabaran ini kepada peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam.

Read more...

Tuesday, October 13, 2009

Maha Pengasih dan Maha Penyayang ALLAH s.w.t...

ISLAM tidak menutup pintu kepada umatnya yang bersalah, jika mereka mahu kembali kepada kebenaran dengan membersihkan diri dengan bertaubat. Malah, Islam membuka seluas-luasnya dan menggalakkan mereka berbuat demikian. Galakan diberikan setinggi-tingginya kepada mereka sehingga Allah meletakkan sebagai tanggungjawab-Nya untuk menerima taubat yang datang daripada hati tulus ikhlas. Hal ini kurniaan yang tiada tolok bandingnya bagi orang Islam. Sekali gus, menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang lemah peluang untuk kembali ke barisan yang suci. Dia tidak menyingkirkan mereka buat selama-lamanya seandainya hamba-Nya mempunyai keinginan untuk mendapat perlindungan yang abadi di sisi-Nya.

Firman Allah bermaksud: �Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.� (Surah al-Nisa�, ayat 17)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menerima taubat orang yang melakukan perbuatan keji kerana kebodohannya. Kemudian mereka bertaubat walaupun malaikat telah bersedia untuk mencabut rohnya sebelum sampai ke tenggoroknya. Mujahid berkata: �Setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, baik keliru atau sengaja, bererti dia bodoh hingga menghindari dosa itu.�

Abdul Razaq berkata: �Ma'mar telah khabarkan kepada kami daripada Qatadah, dia berkata: Sahabat Rasulullah SAW sepakat mengatakan bahawa setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, maka bererti dia jahil, baik sengaja atau tidak.�

Mufassirin juga bersepakat berpendapat yang dimaksudkan dengan kejahilan adalah kesesatan dari jalan hidayah sama ada panjang atau pendek masanya, selagi tidak berterusan sehingga roh sampai ke halkum.

Begitu pun, bagi mereka yang mengetahui atau sedar mengenai kesalahan perbuatan yang dilakukan, mereka dilarang mengulanginya.

Rasulullah menempelak mereka yang melakukan kejahatan terus menerus, sedangkan mereka mengetahui kejahatan yang dilakukannya. Sepatutnya, mereka meminta keampunan kepada Allah di atas kesilapan pertamanya tanpa mengulangi kesalahan itu.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b Amr, daripada Nabi ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah bersabda bermaksud: �Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).�

Ada beberapa keadaan taubat seseorang itu diterima oleh Allah. Antaranya taubat hendaklah terbit dari lubuk hati hamba-Nya. Hati itu adalah hati yang baru, iaitu hati yang penuh dengan penyesalan di atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sehingga menjadikannya benar-benar sedar dan insaf.

Taubat yang diterima Allah juga adalah taubat dalam keadaan segera sebelum roh sampai ke tenggoroknya. Hal ini seperti dijelaskan oleh Imam Ahmad yang meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda bermaksud: �Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama (rohnya) belum sampai ke tenggorok.�

Hal itu bererti apabila sudah putus harapan untuk hidup, malaikat mula datang menjemput, roh mula keluar dari tenggoroknya, dada mula terasa sesak dan mencapai tenggoroknya. Pada saat itu taubat tidak lagi diterima. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: �Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.� (Surah al-Nisa�, ayat 18)

Taubat juga tidak diterima ketika datangnya sebahagian tanda besar kiamat akan muncul. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud : �Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.� (Surah al-Am�am, ayat 158)

Taubat juga tidak diterima oleh Allah di kalangan hamba-Nya yang mati dalam kekafiran. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah juga dalam surah an-Nisa, ayat 18 yang bermaksud: �Dan tidak pula diterima taubat orang yang mati, sedangkan mereka dalam kekafiran.�

Ibn Abbas menerangkan ayat itu diturunkan kepada pelaku amalan syirik.

Oleh itu, manusia perlu mengelak daripada berada dalam tiga keadaan di atas untuk bertaubat. Sebaik-baiknya bersegera bertaubat di atas setiap kesilapan yang dilakukan.

Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada memohon taubat kepada Allah. Perkara ini kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa manusia, selain Allah. Firman-Nya bermaksud: �Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.� (Surah Ali Imran, ayat 135)

Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu memberi keampunan kepada hamba-Nya selagi mana hamba-Nya memohon keampunan kepada-Nya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Said, daripada Nabi bersabda bermaksud: �Iblis berkata: Wahai Tuhan, dan demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Ku.�

Read more...

Thursday, October 8, 2009

KEAGUNGAN TAMADUN ISLAM

Mungkinkah sejarah yang diLUPAkan...???

Tanah Arab, seperti yang diketahui umum, adalah tapak asas penubuhan daulah Islamiyyah yang terawal sekali. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w di kota Mekah bemakna telah bermulalah episod kelahiran agama Islam dalam sejarah dunia. Selepas beberapa tahun, Kota Madinah telah menjadi kerajaan Islam yang pertama ditubuhkan didunia apabila berlakunya peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w bersama para sahabat ke Kota Madinah.

Selepas kewafatan Nabi s.a.w, zaman era sahabat dan tabi'en diteruskan, dan ketika ini begitu banyak negeri dan wilayah di sekitar semenanjung tanah Arab dibuka oleh masyarakat Islam yang terdiri dari kalangan sahabat, tabi'en dan tabi'nya.

Selepas zaman pasca-Khulafa'Ar-Rasyidin, kemunculan Daulah Islamiyyah Umayyah, Abasiyyah, Fatimiyyah, Uthmaniyyah dan lain-lainnya mengalami era kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan sepertimana yang tercatat di dalam sejarah tamadun Islam. Kemasukan ilmu dari luar, seperti dari tamadun Yunani dan sebagainya, telah membantu merencam pemikiran intelektual orang Islam dalam pelbagai displin ilmu pengetahuan yang menjadi rujukan ilmuan dan saintis diseluruh dunia termasuk Eropah.

Cordova, Baghdad, Andalusia, Kaherah, Basrah dan Kufah. Masing-masing mencatatkan sejarahnya sendiri dengan melahirkan cendekiawan perintis era zaman keemasan Islam. Tetapi tahukah anda, siapakah yang menjadi tulang belakang pemangkin pada era kegemilangan ini?

Anda pernah mendengar nama Ibn Sina? Ibn Rusyd? dan bapa optik moden iaitu Ibn Al-Haitami? Mungkin kita selalu mendengar nama mereka ini dalam buku sejarah. Tetapi bukan sekadar dalam buku sejarah sahaja, bahkan nama mereka di'inggeris'kan dan tercatat di dalam buku-buku falsafah dan sains perubatan dengan nama Avicenna, Averrous dan AlHazen!!! Mengapa dengan mereka?

Meraka itu adalah berbangsa Parsi.

Tidak ketinggalan juga kepada saintis dan ahli falsafah berbangsa Parsi yang lain seperti al-Kindi, Omar al-Khayyam, al-Khawarizmi (ahli fizik, astronomi dan matematik), Abd Rahman al-Biruni, Imam al-Gazali, Jabir Bin Haiyam (bapa kimia), al-Mawardi (muhaddis dan tokoh feqh), al-Razi (falsafah, perubatan dan astronomi) dan ramai lagi.

Jangan lupa juga kepada bapa Nahu dan Sorof iaitu Sibawaih adalah berbangsa Parsi. Sasterawan ulung, Jalaluddin ar-Rumi. Pencetus idea Taj Mahal iaitu Mumtaz Mahal. Wanita bijak dalam Kisah Seribu Satu Malam iaitu Shaharzad. Meraka semua ini adalah berbangsa Parsi.

Ramai lagi tokoh-tokoh hadis dan ulama'-ulama' muktabar, baik dalam ilmu agama mahupun dalam ilmu nasional, yang berbangsa Parsi, telah menjadi figura utama yang memainkan peranan ketika era 'The Islamic Golden Age' suatu ketika dahulu. (anda boleh merujuk Muqaddimah Ibn Khaldun dalam bab ke-2, Ilmu Bumi)

Ahli sejarah menulis beberapa sebab mengenai kekuatan ilmu pengetahuan bangsa Parsi. Antaranya adalah orang-orang Arab hanya lebih memberi tumpuan dalam sistem politik dan dan tampuk pemerintahan, sedangkan orang-orang Parsi lebih gemar mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan. Sebab itu sesetengah ahli sejarah menulis bahawa bangsa Parsi telah menyokong meralihan takhta kerajaan Abasiyyah dari tangan Umayyah, kerana segelintir pemimpin kerajaan Umayyah melakukan diskriminasi tehadap bangsa Parsi.

Walau apapun yang dicatat oleh sejarah (sama ada betul ataupun tidak), kita tidak mampu untuk menafikan kekuatan ilmu dan kepandaian bangsa Parsi dalam tamadun peradaban manusia.

Read more...

Yahudi & sekutunya LAKNATULLAH..

Tiada ungkapan yang TERBAIK utk diriku ini luahkan sebagai seOrg umat ISLAM...

Anda sndri yang berhak menilainya pabila tngok picture2 nie.

Rumah ALLAH swt telah diperlakukan oleh mrka sedemikian rupa..



Jelas dan terang ayat QUDSI ini terpampang pd blkngnya...

Kalimah2 suci kita UMAT ISLAM dipermainkan sedemikan rupa...

Disini persoalan yang bermain difikiranku apakah yang patut kita sebagai UMAT ISLAM perlu lakukan???

Apakah sekadar memboikot brgan dan produk keluaran mereka sudah cukup memadai...???
Sama2 kita fikirkan....

Read more...

Monday, October 5, 2009

Akidah umat Islam perlu dijaga...

FATWA YOGA

Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga.

Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang Muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dan berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
  • kepercayaan atau keyakinan di hati.
  • menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
  • perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis seterusnya dapat menjamin kesucian akidah yang telah kukuh bertapak di hati setiap invividu Muslim.

Read more...

Saturday, October 3, 2009

Mendidik anak-anak menurut perspektif ISLAM.


Adakah ANDA sudah bergelar ayah, bapa, abah, abi ATAU bakal ke arah tue...???
TAk kira ANDA seorang lelaki ATAU perempuan..

JOM ikuti tip2 dibawah nie...
Menarik, rugi kalau ANDA sia-siakn segmen nie...

Menurut perspektif Islam, pendidikan anak-anak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

MEMBENTUK DUNIA KANAK-KANAK.

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup anak-anak, ibubapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.

Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.

Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

" Wanita dikahwini kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

KETIKA ANAK DALAM KANDUNGAN

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

  • Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
  • Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
  • Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
  • Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
  • Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.

SETELAH ANAK DILAHIRKAN

Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.

Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:

" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"

(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:

"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".

( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

PERINGKAT UMUR LINGKUNGAN 5-7 TAHUN

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
  • Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
  • Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
  • Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
  • Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.
  • Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
  • Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  • Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
  • Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

TUNTASNYA

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapalah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Read more...

Isu Politik Islam.


Konsep politik dalam Islam sering dimanifestasikan dengan sikap tertutup dan pandangan yang amat kasar sekali sehingga menjerumuskan bahawa pelaku-pelaku politik dengan keganasan, ortodoks dan ektremis. Pola kelakuan itulah akhirnya menyebabkan wajah politik Islam diukur dengan bilangan keganasan, permusuhan dan perseteruan ideologi.



Di tengah-tengah kekalutan itu, Gordon P. Means seorang Profesor Emeritus Sains Politik Universiti MacMaster, Amerika Syarikat ingin membuktikan bahawa politik Islam tidak seharusnya dikaburi oleh pandangan-pandangan yang skeptik yang sengaja dilakukan seolah-olah menggambarkan bahawa Islam itu tatacara kehidupan itu menganjurkan kepada perlakuan ganas.



Beliau yang pernah berada di Malaya pada tahun 1954, menggambarkan bahawa “sebelum pilihan raya pertama, parti-parti politik diasaskan hanyalah sebagai tujuan memenuhi keperluan pemimpin-pemimpin bergiat dalam politik.” Namun setelah mengalami proses yang panjang, bergaul dan mengenali lebih dekat dengan penduduk setempat, akhirnya beliau menyedari bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu mampu berbincang dan menganalisis isu-isu politik dengan kaedah yang rasional, rational calculus.



Pada tahun 1962 di hantar oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai profesor pelawat Smith –Mundt di Universiti Malaya. Jangkaannya ialah membantu bagi membangunkan pengajian dasar-dasar awam dan dilantik sebagai Senat Universiti. Ketika itu, Tanah Melayu sedang dalam proses menilai pilihan politik pembentuk Persekutuan Malaysia dan pada tahun 1970-an, beliau mula menyedari dengan kemasukan para pelajar Melayu luar bandar ke pusat-pusat pengajian tinggi awam menjadikan minat penyertaan pelajar dalam politik, peningkatan penggunaan bahasa Melayu, amalan-amalan budaya dan latar belakang pendidikan asal telah menambahkan lagi rencah politik negara.



Perkembangan tersebut menyebabkan Gordon P. Means mula menyedari bahawa politik Islam akan terus mewarnai politik masa depan Asia Tenggara. Berdasarkan pengalaman berada di Malaysia dan mengadakan kajian-kajian berkaitan tingkahlaku politik di beberapa buah negara Asia Tenggara, beliau akhirnya berjaya menulis sebuah buku yang cuba meninjau kesan dan cabaran mengenai politik Islam dalam perpsektif yang lebih luas.



Buku setebal lebih 400 halaman ini membahagikan kepada 5 bahagian utama. Bahagian Pertama cuba melibatkan pemahaman asas mengenai Islam, undang-undang Islam, kedudukan semasa penjajahan dan legasinya ke atas politik tempatan. Bahagian Kedua berhubung dengan cabaran-cabaran politik selepas merdeka bagi Indonesia dan Malaysia.



Bahagian Ketiga ialah mengenai kebangkitan Islam semasa Indonesia dimpimpin oleh Suharto, Malaysia oleh Dr. Mahathir dan kebangkitan semangat Jihad di Asia Tenggara. Bahagian Empat membincangkan mengenai pemberontakan dan kumpulan-kumpulan pemisahan Moro (Filipina), Aceh (Indonesia), dan Patani (Thailand). Bahagian Kelima merungkaikan mengenai demokrasi dan Islam di Indonesia, etnisiti dan Islam di Malaysia, dan Islam dalam peralihan di Asia Tenggara.



Menyoroti perkembangan politik ketika Dr. Mahathir berada ditampok kekuasaannya, pengarang melihat bahawa pada tahun pertama banyak menekankan kepada dasar-dasar asas yang dirangka selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu meningkatkan kedudukan ekonomi dan memperbanyakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor ekonomi moden, dengan memberikan jaminan bahawa tidak ada perubahan mengenai Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara.



Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negara, Dr. Mahathir yang pernah disifatkan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai “ultra Malay” mengambil peluang membebaskan tahanan ISA, melepaskan pengharaman buku Malay Dilemma dan dalam masa yang sama memberikan membentangkan pindaan undang-undang Akta Pertubuhan bagi membolehkan kerajaan berkuasa mengawal dan membubarkan kumpulan-kumpulan berkepentingan, pertubuhan-pertubuhan professional dan bukan kerajaan (NGO). Disebalik memberikan ruang untuk berbincang mengenai politik, Dr. Mahathir turut menggalakkan pertumbuhan kritikan diam dan mengurangkan tuntutan mengenai hak-hak asasi manusia.



Bagi membendung ancaman politik dan tuntutan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Dr. Mahathir telah berjaya membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1981. Kesan kemasukan Anwar Ibrahim, pengikut-pengikut Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah berpecah, di mana sebahagian pemimpinnya mengikuti jejak Anwar manakala sebahagian yang lain memasuki PAS dan terus berjuang dalam ABIM.



Pada tahun 1982, Dr. Mahathir menghadapi ujian pertama melalui pilihan raya umum dan berjaya dengan cemerlang menghadapi persaingan ideologi politik dengan PAS hasil kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Menurut pengarang, Anwar dibentuk sebagai “an image of a leader on the move, seeking to build a modern dynamic economy that would be increasingly based on industrialization and producing for world market.For Mahathir, the new emphasis on Islam was expected to generate social and political changes to enable Malays to adapt to demand of an industrialized, highly productive economy. He also viewed Islam as a means to create “Muslim/Malay unity” to ensure Malay support for UMNO and to retain Malay hegemony within the political systems.” (hal. 125).



Usaha juga turut dilakukan bagi mempiawaikan amalan dan doktrin masyarakat Islam termasuk kaedah pencerapan bagi menentukan tarikh permulaan puasa dan hari raya yang sering bercanggah antara satu negari dengan negeri lain kesan pemakaian dua kaedah yang berlainan, iaitu berdasarkan rukyah dan melihat anak bulan. Dr. Mahathir melihat kaedah ini tidak sepatutnya dilaksanakan secara berbeza kerana ia boleh memberikan gambaran buruk mengenai Islam. Apabila mengumumkan cadangan menggunakan kaedah rukyah, Sultan Johor mencabar Dr. Mahathir kerana dianggap biadab dan menghormati kuasa Raja-Raja Melayu berhubung dengan hal ehwal Islam.



Permulaan itu dianggap oleh pengarang sebagai usaha memberikan makna yang lain kepada percikan amalan Islam othordok yang telah sekian lama digunapakai di Malaysia.Beliau mula menyusun semula kedudukan agensi-agensi kerajaan yang menyelia mengenai hal ehwal Islam termasuk Bahagian Hal Ehwal Islam kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Mahathir turut memperkenalkan dasar-dasar pentadbiran yang menekankan nilai-nilai Islam dan ini telah memberikan tamparan hebat kepada PAS yang pernah menuduh dan mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam. Oleh kerana itu, UMNO dan penyokong-penyokongnya adalah kafir kerana tidak meletakkan gagasan “Islam sebenar” dan memperjuangkan pembentukan sebuah “negara Republik Islam”. Atas dakwaan tersebut, Haji Hadi Awang, Naib Presiden PAS ketika itu menganjurkan supaya rakyat tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan dan menyatakan seseorang yang menentang UMNO, jika dia mati, kematiannya adalah syahid.



Semasa pentadbiran Dr. Mahathir, kes-kes yang melibatkan penyelewengan agama semakin banyak dikesan, antaranya penerbitan buku-buku yang mempertikaikan kesahihan hadis, pergerakan Darul Arqam, konflik orientasi Islam dengan Anwar, satu kepimpinan dua visi (Mahathir dengan Wawasan 2020 dan Anwar dengan Kebangkitan Asia), reformasi kesan pemecatan Anwar, pilihan raya umum 1999 (imej Dr. Mahathir sebagai diktator, zalim dan kejam), negara Islam dan kontroversi hukum hudud (BN dengan PAS, PAS dengan DAP dan sebagainya).



Mengenai reformasi, pengarang menjelaskan “Anwar mounted a near-revolutionary rhetoric againstcronyism,corruption, and nepotism” to energize his supporters and encourage their continuing mass protests. ..he was a victim of a “conspricay at the highest levels,” and his lawyers followed this defense strategy. As a result, his defense did not effectively address issues of his illegal acts. As the trials proceeded, the presiding judge became ever more determined to limit Anwar’s political accusations against an unnamed Mahathir. As the trial dragged on, the public became more aware of the excesses of an authoritarian system, and most Malaysians were appelled at the lurid accounts of sexual encounters that became part of daily news report.” (hal.139)



Dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan mengenai tingkah laku politik gerakan Islam di Asia Tenggara, pengarang melihat bahawa politik Islam akan terus menjadi tunjang politik sekurang-kurangnya bagi Malaysia dan Indonesia. Beberapa isu yang dianggap sensitive sebelumnya, mula diperbahaskan secara terbuka termasuk keperluan memperbaharui struktur politik dan jaringan pemikiran Islam liberal (termasuk tuntutan Sister in Islam). Perkembangan-perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa, termasuk dasar negara barat memerangi keganasan, ledakan 11 September 2001, masyarakat madani dan etos masyarakat akan membentuk national psyche baru dalam politik Islam.



Walau bagaimanapun, apa yang jelas menurut analisis pengarang, setelah Dr. Mahathir melepaskan baton kuasanya, bekas Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) juga gagal “to assure Malays supremacy and guarantee stable political support from Malaysia’s largest religio-ethnic community, neither these two leaders was prepared to propose significant reforms to that structure of authority, perhaps because they were products of that systems…By 2008, with the return of Anwar Ibrahim to the Malaysian political secene, a new configurations of politics was beginning to be formed.” (hal 369-370)



Secara keseluruhannya, buku ini memang menarik untuk dikupas dan dibaca bagi membolehkan kita memahami perubahan-perubahan politik masa depan yang mula ditandai dengan kebangkitan Islam. Dengan tidak memjeruk rasa sangsi terhadap pandangan penganalisis dalam kerangkan pemikiran pertembungan antara agama, pengarang berupaya memberikan gambaran kebangkitan Islam berdasarkan perspektif bebas prejudis. Ini mungkin kerana kefahaman pengarang mengenai Islam dan pengaruhnya ke atas masyarakat Melayu (Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina) banyak membantu mencerakinkan manifestasi dan kemunculannya.



Maklumat lanjut berkaitan buku ini seperti paparan dibawah:

Nama Buku : Political Islam in Southeast Asia

Pengarang : Gordon P. Means

Penerbit : Strategic Information Research Development Centre

Tahun : 2009



JOM kita sama-sama dapatkan yang ORI...

Pastikan ORI baru beli ek...

Read more...

Thursday, October 1, 2009

Pembinaan keluarga Islam...

Dimana silapnya ANDAI ia dibina atas dasar...



Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masa kini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak sebagai aset negara yang tidak ternilai.



Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah swt. Skema penilaian ibubapa yang berjaya tidak meletakkan faktor materealistik atau aspek lahiriah semata-mata tetapi lebih dari itu. Faktor ketrampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertaqwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka.



Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek material semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang.




Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut.


Disini marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak adakah kita betul-betul sudah bersedia untuk membina sebuah keluarga yang berpaksikan pasak ajaran Islam...???



Allah swt telah merakam dalam Firman-NYA yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)....[al-Tahrim: 28: 6].



Kemuliaan institusi ini dipelihara oleh Islam di mana ianya perlu dimulai dengan peraturan tertentu iaitu perkahwinan dan bukannya melalui hubungan sulit atau perzinaan. Maksudnya batasan dan kefahaman agama menjadi pendorong utama apabila perkahwinan hendak dilaksanakan.



Kita juga tidak mahu keruntuhan sistem kekeluargaan adalah berpunca dari faktor kurangnya pengetahuan atau didikan agama yang dimiliki oleh ibubapa. Hakikatnya ibubapa yang memiliki didikan agama dan menghayati falsafah perkahwinan dan diterjemahkan dalam rumahtangganya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dalam kehidupannya. Ini adalah kerana pertimbangan soal dosa dan pahala adalah asas penting dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga masyarakat dan negara.

Read more...

MALAYSIAKU

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP