Thursday, October 1, 2009

Pembinaan keluarga Islam...

Dimana silapnya ANDAI ia dibina atas dasar...



Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masa kini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak sebagai aset negara yang tidak ternilai.



Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah swt. Skema penilaian ibubapa yang berjaya tidak meletakkan faktor materealistik atau aspek lahiriah semata-mata tetapi lebih dari itu. Faktor ketrampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertaqwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka.



Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek material semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang.




Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut.


Disini marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak adakah kita betul-betul sudah bersedia untuk membina sebuah keluarga yang berpaksikan pasak ajaran Islam...???



Allah swt telah merakam dalam Firman-NYA yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)....[al-Tahrim: 28: 6].



Kemuliaan institusi ini dipelihara oleh Islam di mana ianya perlu dimulai dengan peraturan tertentu iaitu perkahwinan dan bukannya melalui hubungan sulit atau perzinaan. Maksudnya batasan dan kefahaman agama menjadi pendorong utama apabila perkahwinan hendak dilaksanakan.



Kita juga tidak mahu keruntuhan sistem kekeluargaan adalah berpunca dari faktor kurangnya pengetahuan atau didikan agama yang dimiliki oleh ibubapa. Hakikatnya ibubapa yang memiliki didikan agama dan menghayati falsafah perkahwinan dan diterjemahkan dalam rumahtangganya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dalam kehidupannya. Ini adalah kerana pertimbangan soal dosa dan pahala adalah asas penting dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga masyarakat dan negara.

2 comments:

eMmA October 4, 2009 at 9:16 AM  

salam...
ermmm pembinaan keluarga????
bg pendapat sy ianya amt penting khususnya bg pengantin2 baru kerana kita mst la ciapkan diri dgn ilmu kekeluargaan bg menjamin kebahgiaan yang berkekalan....Insyallah...same2 kita cuba mempraktikkan apa yang diajr terutama bg kita kaum muslimin n muslimat....

Anonymous,  October 5, 2009 at 6:59 AM  

~~salam...
utk menjdi seorang ibubapa hndaklah menyiapkan diri dri pelbgai sudut...bukan sekadr harta bnda malah dari sudut pengetahuan juga amat perlu..anak2 juga diibaratkan sebagai kain putih,ibubapalah yang akan mencorakkannya...ini menunujukkan ibubapa menjdi petunjuk arah kepada anak2nya nanti..

MALAYSIAKU

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP