Akidah umat Islam perlu dijaga...
FATWA YOGA
Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga.


Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dan berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
- kepercayaan atau keyakinan di hati.
- menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
- perbuatan.
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis seterusnya dapat menjamin kesucian akidah yang telah kukuh bertapak di hati setiap invividu Muslim.
3 comments:
~~salam..~~
~~bg sy,yoga ni xsalah,dikatakan haram sbb ada unsur mantera dan bacaan tertntu...tapi yoga ini elok utk kesihatan,xsalahkn kita buat sesuatu utk kesihtan diri kita,betul x??kita hanya amalkan teknik2 yoga sudah mengcukupi...wallah a'lam...
Saya setuju dengan pendapat mieza. apa yang penting amalan yoga ni tak menggunakan pakaian yang mendedahkan...bagi saya yang tak cukup ilmu lagi yoga ada banyak kelebihannya
senaman nie baik tuk keshtan diri tp kalo ad yg smar2 dan meragui 2 marilah kita sma2 elakan ek demi mnjga akidah suci ini..
Post a Comment