Thursday, October 8, 2009

Yahudi & sekutunya LAKNATULLAH..

Tiada ungkapan yang TERBAIK utk diriku ini luahkan sebagai seOrg umat ISLAM...

Anda sndri yang berhak menilainya pabila tngok picture2 nie.

Rumah ALLAH swt telah diperlakukan oleh mrka sedemikian rupa..



Jelas dan terang ayat QUDSI ini terpampang pd blkngnya...

Kalimah2 suci kita UMAT ISLAM dipermainkan sedemikan rupa...

Disini persoalan yang bermain difikiranku apakah yang patut kita sebagai UMAT ISLAM perlu lakukan???

Apakah sekadar memboikot brgan dan produk keluaran mereka sudah cukup memadai...???
Sama2 kita fikirkan....

Read more...

Monday, October 5, 2009

Akidah umat Islam perlu dijaga...

FATWA YOGA

Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga.

Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang Muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dan berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
  • kepercayaan atau keyakinan di hati.
  • menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
  • perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis seterusnya dapat menjamin kesucian akidah yang telah kukuh bertapak di hati setiap invividu Muslim.

Read more...

Saturday, October 3, 2009

Mendidik anak-anak menurut perspektif ISLAM.


Adakah ANDA sudah bergelar ayah, bapa, abah, abi ATAU bakal ke arah tue...???
TAk kira ANDA seorang lelaki ATAU perempuan..

JOM ikuti tip2 dibawah nie...
Menarik, rugi kalau ANDA sia-siakn segmen nie...

Menurut perspektif Islam, pendidikan anak-anak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.

Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

MEMBENTUK DUNIA KANAK-KANAK.

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup anak-anak, ibubapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.

Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.

Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

" Wanita dikahwini kerana 4 perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"

KETIKA ANAK DALAM KANDUNGAN

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:

  • Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
  • Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
  • Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
  • Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
  • Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya.

SETELAH ANAK DILAHIRKAN

Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.

Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:

" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"

(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:

"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".

( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.

Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

PERINGKAT UMUR LINGKUNGAN 5-7 TAHUN

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.

Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
  • Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
  • Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
  • Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
  • Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.
  • Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
  • Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  • Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
  • Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

TUNTASNYA

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapalah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Read more...

Isu Politik Islam.


Konsep politik dalam Islam sering dimanifestasikan dengan sikap tertutup dan pandangan yang amat kasar sekali sehingga menjerumuskan bahawa pelaku-pelaku politik dengan keganasan, ortodoks dan ektremis. Pola kelakuan itulah akhirnya menyebabkan wajah politik Islam diukur dengan bilangan keganasan, permusuhan dan perseteruan ideologi.



Di tengah-tengah kekalutan itu, Gordon P. Means seorang Profesor Emeritus Sains Politik Universiti MacMaster, Amerika Syarikat ingin membuktikan bahawa politik Islam tidak seharusnya dikaburi oleh pandangan-pandangan yang skeptik yang sengaja dilakukan seolah-olah menggambarkan bahawa Islam itu tatacara kehidupan itu menganjurkan kepada perlakuan ganas.



Beliau yang pernah berada di Malaya pada tahun 1954, menggambarkan bahawa “sebelum pilihan raya pertama, parti-parti politik diasaskan hanyalah sebagai tujuan memenuhi keperluan pemimpin-pemimpin bergiat dalam politik.” Namun setelah mengalami proses yang panjang, bergaul dan mengenali lebih dekat dengan penduduk setempat, akhirnya beliau menyedari bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu mampu berbincang dan menganalisis isu-isu politik dengan kaedah yang rasional, rational calculus.



Pada tahun 1962 di hantar oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai profesor pelawat Smith –Mundt di Universiti Malaya. Jangkaannya ialah membantu bagi membangunkan pengajian dasar-dasar awam dan dilantik sebagai Senat Universiti. Ketika itu, Tanah Melayu sedang dalam proses menilai pilihan politik pembentuk Persekutuan Malaysia dan pada tahun 1970-an, beliau mula menyedari dengan kemasukan para pelajar Melayu luar bandar ke pusat-pusat pengajian tinggi awam menjadikan minat penyertaan pelajar dalam politik, peningkatan penggunaan bahasa Melayu, amalan-amalan budaya dan latar belakang pendidikan asal telah menambahkan lagi rencah politik negara.



Perkembangan tersebut menyebabkan Gordon P. Means mula menyedari bahawa politik Islam akan terus mewarnai politik masa depan Asia Tenggara. Berdasarkan pengalaman berada di Malaysia dan mengadakan kajian-kajian berkaitan tingkahlaku politik di beberapa buah negara Asia Tenggara, beliau akhirnya berjaya menulis sebuah buku yang cuba meninjau kesan dan cabaran mengenai politik Islam dalam perpsektif yang lebih luas.



Buku setebal lebih 400 halaman ini membahagikan kepada 5 bahagian utama. Bahagian Pertama cuba melibatkan pemahaman asas mengenai Islam, undang-undang Islam, kedudukan semasa penjajahan dan legasinya ke atas politik tempatan. Bahagian Kedua berhubung dengan cabaran-cabaran politik selepas merdeka bagi Indonesia dan Malaysia.



Bahagian Ketiga ialah mengenai kebangkitan Islam semasa Indonesia dimpimpin oleh Suharto, Malaysia oleh Dr. Mahathir dan kebangkitan semangat Jihad di Asia Tenggara. Bahagian Empat membincangkan mengenai pemberontakan dan kumpulan-kumpulan pemisahan Moro (Filipina), Aceh (Indonesia), dan Patani (Thailand). Bahagian Kelima merungkaikan mengenai demokrasi dan Islam di Indonesia, etnisiti dan Islam di Malaysia, dan Islam dalam peralihan di Asia Tenggara.



Menyoroti perkembangan politik ketika Dr. Mahathir berada ditampok kekuasaannya, pengarang melihat bahawa pada tahun pertama banyak menekankan kepada dasar-dasar asas yang dirangka selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu meningkatkan kedudukan ekonomi dan memperbanyakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor ekonomi moden, dengan memberikan jaminan bahawa tidak ada perubahan mengenai Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara.



Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negara, Dr. Mahathir yang pernah disifatkan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai “ultra Malay” mengambil peluang membebaskan tahanan ISA, melepaskan pengharaman buku Malay Dilemma dan dalam masa yang sama memberikan membentangkan pindaan undang-undang Akta Pertubuhan bagi membolehkan kerajaan berkuasa mengawal dan membubarkan kumpulan-kumpulan berkepentingan, pertubuhan-pertubuhan professional dan bukan kerajaan (NGO). Disebalik memberikan ruang untuk berbincang mengenai politik, Dr. Mahathir turut menggalakkan pertumbuhan kritikan diam dan mengurangkan tuntutan mengenai hak-hak asasi manusia.



Bagi membendung ancaman politik dan tuntutan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Dr. Mahathir telah berjaya membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1981. Kesan kemasukan Anwar Ibrahim, pengikut-pengikut Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah berpecah, di mana sebahagian pemimpinnya mengikuti jejak Anwar manakala sebahagian yang lain memasuki PAS dan terus berjuang dalam ABIM.



Pada tahun 1982, Dr. Mahathir menghadapi ujian pertama melalui pilihan raya umum dan berjaya dengan cemerlang menghadapi persaingan ideologi politik dengan PAS hasil kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Menurut pengarang, Anwar dibentuk sebagai “an image of a leader on the move, seeking to build a modern dynamic economy that would be increasingly based on industrialization and producing for world market.For Mahathir, the new emphasis on Islam was expected to generate social and political changes to enable Malays to adapt to demand of an industrialized, highly productive economy. He also viewed Islam as a means to create “Muslim/Malay unity” to ensure Malay support for UMNO and to retain Malay hegemony within the political systems.” (hal. 125).



Usaha juga turut dilakukan bagi mempiawaikan amalan dan doktrin masyarakat Islam termasuk kaedah pencerapan bagi menentukan tarikh permulaan puasa dan hari raya yang sering bercanggah antara satu negari dengan negeri lain kesan pemakaian dua kaedah yang berlainan, iaitu berdasarkan rukyah dan melihat anak bulan. Dr. Mahathir melihat kaedah ini tidak sepatutnya dilaksanakan secara berbeza kerana ia boleh memberikan gambaran buruk mengenai Islam. Apabila mengumumkan cadangan menggunakan kaedah rukyah, Sultan Johor mencabar Dr. Mahathir kerana dianggap biadab dan menghormati kuasa Raja-Raja Melayu berhubung dengan hal ehwal Islam.



Permulaan itu dianggap oleh pengarang sebagai usaha memberikan makna yang lain kepada percikan amalan Islam othordok yang telah sekian lama digunapakai di Malaysia.Beliau mula menyusun semula kedudukan agensi-agensi kerajaan yang menyelia mengenai hal ehwal Islam termasuk Bahagian Hal Ehwal Islam kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Mahathir turut memperkenalkan dasar-dasar pentadbiran yang menekankan nilai-nilai Islam dan ini telah memberikan tamparan hebat kepada PAS yang pernah menuduh dan mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam. Oleh kerana itu, UMNO dan penyokong-penyokongnya adalah kafir kerana tidak meletakkan gagasan “Islam sebenar” dan memperjuangkan pembentukan sebuah “negara Republik Islam”. Atas dakwaan tersebut, Haji Hadi Awang, Naib Presiden PAS ketika itu menganjurkan supaya rakyat tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan dan menyatakan seseorang yang menentang UMNO, jika dia mati, kematiannya adalah syahid.



Semasa pentadbiran Dr. Mahathir, kes-kes yang melibatkan penyelewengan agama semakin banyak dikesan, antaranya penerbitan buku-buku yang mempertikaikan kesahihan hadis, pergerakan Darul Arqam, konflik orientasi Islam dengan Anwar, satu kepimpinan dua visi (Mahathir dengan Wawasan 2020 dan Anwar dengan Kebangkitan Asia), reformasi kesan pemecatan Anwar, pilihan raya umum 1999 (imej Dr. Mahathir sebagai diktator, zalim dan kejam), negara Islam dan kontroversi hukum hudud (BN dengan PAS, PAS dengan DAP dan sebagainya).



Mengenai reformasi, pengarang menjelaskan “Anwar mounted a near-revolutionary rhetoric against “cronyism,corruption, and nepotism” to energize his supporters and encourage their continuing mass protests. ..he was a victim of a “conspricay at the highest levels,” and his lawyers followed this defense strategy. As a result, his defense did not effectively address issues of his illegal acts. As the trials proceeded, the presiding judge became ever more determined to limit Anwar’s political accusations against an unnamed Mahathir. As the trial dragged on, the public became more aware of the excesses of an authoritarian system, and most Malaysians were appelled at the lurid accounts of sexual encounters that became part of daily news report.” (hal.139)



Dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan mengenai tingkah laku politik gerakan Islam di Asia Tenggara, pengarang melihat bahawa politik Islam akan terus menjadi tunjang politik sekurang-kurangnya bagi Malaysia dan Indonesia. Beberapa isu yang dianggap sensitive sebelumnya, mula diperbahaskan secara terbuka termasuk keperluan memperbaharui struktur politik dan jaringan pemikiran Islam liberal (termasuk tuntutan Sister in Islam). Perkembangan-perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa, termasuk dasar negara barat memerangi keganasan, ledakan 11 September 2001, masyarakat madani dan etos masyarakat akan membentuk national psyche baru dalam politik Islam.



Walau bagaimanapun, apa yang jelas menurut analisis pengarang, setelah Dr. Mahathir melepaskan baton kuasanya, bekas Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) juga gagal “to assure Malays supremacy and guarantee stable political support from Malaysia’s largest religio-ethnic community, neither these two leaders was prepared to propose significant reforms to that structure of authority, perhaps because they were products of that systems…By 2008, with the return of Anwar Ibrahim to the Malaysian political secene, a new configurations of politics was beginning to be formed.” (hal 369-370)



Secara keseluruhannya, buku ini memang menarik untuk dikupas dan dibaca bagi membolehkan kita memahami perubahan-perubahan politik masa depan yang mula ditandai dengan kebangkitan Islam. Dengan tidak memjeruk rasa sangsi terhadap pandangan penganalisis dalam kerangkan pemikiran pertembungan antara agama, pengarang berupaya memberikan gambaran kebangkitan Islam berdasarkan perspektif bebas prejudis. Ini mungkin kerana kefahaman pengarang mengenai Islam dan pengaruhnya ke atas masyarakat Melayu (Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina) banyak membantu mencerakinkan manifestasi dan kemunculannya.



Maklumat lanjut berkaitan buku ini seperti paparan dibawah:

Nama Buku : Political Islam in Southeast Asia

Pengarang : Gordon P. Means

Penerbit : Strategic Information Research Development Centre

Tahun : 2009



JOM kita sama-sama dapatkan yang ORI...

Pastikan ORI baru beli ek...

Read more...

Thursday, October 1, 2009

Pembinaan keluarga Islam...

Dimana silapnya ANDAI ia dibina atas dasar...



Institusi keluarga dan ibubapa merupakan satu institusi yang penting dalam sistem sosial Islam. Justeru itu Islam memandang mulia kedudukan, tugas, peranan dan tanggungjawab ibubapa kerana mereka adalah tunggak dan pencorak generasi masa kini yang bakal menggalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Merekalah yang menjadikan anak-anak sebagai aset negara yang tidak ternilai.



Ibubapa berfungsi sebagai penggerak yang paling penting dalam mendidik anak-anak dan keluarga ke arah membina kehidupan berumahtangga yang baik, sempurna dan diredhai oleh Allah swt. Skema penilaian ibubapa yang berjaya tidak meletakkan faktor materealistik atau aspek lahiriah semata-mata tetapi lebih dari itu. Faktor ketrampilan dan kemampuan untuk melahirkan dan membentuk satu generasi anak-anak yang berilmu, bertaqwa, beriman dan beramal soleh adalah penentu dalam situasi dan ruang lingkup tugas dan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Inilah ukuran yang menjadi kriteria utama kejayaan mereka.



Jika kita mengukur dan menilai ibubapa berjaya berdasarkan kebolehan atau pencapaian aspek material semata-mata tanpa memikirkan soal adab, kesopanan, maruah dan budi pekerti sudah tentu ianya akan hanya melahirkan generasi ynag tempang dan seterusnya masyarakat yang pincang.




Ibubapa yang memahami, memperlengkapkan diri dan membentuk dengan asas-asas pengetahuan Islam untuk membina keluarga berlandaskan asas keagamaan akan dapat merealisasikan tuntutan sebenar dari perkahwinan tersebut.


Disini marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak adakah kita betul-betul sudah bersedia untuk membina sebuah keluarga yang berpaksikan pasak ajaran Islam...???



Allah swt telah merakam dalam Firman-NYA yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)....[al-Tahrim: 28: 6].



Kemuliaan institusi ini dipelihara oleh Islam di mana ianya perlu dimulai dengan peraturan tertentu iaitu perkahwinan dan bukannya melalui hubungan sulit atau perzinaan. Maksudnya batasan dan kefahaman agama menjadi pendorong utama apabila perkahwinan hendak dilaksanakan.



Kita juga tidak mahu keruntuhan sistem kekeluargaan adalah berpunca dari faktor kurangnya pengetahuan atau didikan agama yang dimiliki oleh ibubapa. Hakikatnya ibubapa yang memiliki didikan agama dan menghayati falsafah perkahwinan dan diterjemahkan dalam rumahtangganya dapat menjalankan fungsinya dengan baik dalam kehidupannya. Ini adalah kerana pertimbangan soal dosa dan pahala adalah asas penting dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab kita terhadap diri, keluarga masyarakat dan negara.

Read more...

Wednesday, September 30, 2009

Kewangan Islam berdaya Maju dan berdaya SAING.


Berlatarkan persekitaran global yang semakin tidak menentu, kewangan Islam, sebagai satu bentuk perantaraan kewangan dalam sistem kewangan antarabangsa, terus menjadi berdaya maju dan berdaya saing, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Pada masa akan datang, penyertaan global yang lebih besar dalam proses perkembangan ini secara langsung dan tidak langsung, akan meningkatkan peranan
kewangan Islam yang berpotensi dalam menyumbang ke arah kestabilan kewangan global yang lebih baik.

"Industri perkhidmatan kewangan Islam dalam dekad ini beralih menjadi satu bentuk perantaraan kewangan yang berkembang pesat dan kompetitif memberi khidmat kepada masyarakat global," katanya dalam ucaptama bertajuk "Kewangan Islam: Peluang Pertumbuhan Global di tengah-tengah Persekitaran yang Mencabar" pada Kongres Kewangan Islam State Street 2008, di Boston, Amerika Syarikat.

Sekatan-sekatan Syariah memerlukan urusniaga kewangan diiringi oleh aktiviti pendasar yang produktif dengan itu menimbulkan perhubungan rapat antara pengaliran kewangan dan produktif," jelas Zeti.

Zeti juga memberi pandangan bahawa di samping itu, di bawah aturan perkongsian risiko, institusi
kewangan Islam akan berkongsi keuntungan atau kerugian yang ditanggung oeh seseorang usahawan. "Di bawah aturan ini, terdapat perkongsian risiko yang ketara oleh pembiaya dan pelanggan dengan aktiviti sebenar diharap menjana kekayaan yang mencukupi bagi memberi pampasan bagi risiko," katanya. Aturan itu, tegasnya, memerlukan langkah ketekunan wajar dan integrasi risiko yang betul yang berkaitan dengan aktiviti pelaburan sebenar ke dalam transaksi kewangan.

Menurut Zeti, prinsip-prinsip Syariah turut melarang aktiviti mempengaruhi dengan melampau atau mengambil kesempatan daripada kuasa dan kewangan bersifat spekulatif, sekali gus menebat pihak-pihak terbabit daripada pendedahan risiko yang melampau.

"Prinsip dalaman perkongsian keuntungan dan risiko menyediakan sekatan dan imbangan terbina dalaman kepada urusniaga
kewangan Islam. Yang ketara dalam aturan ini ialah unsur pengurusan risiko dan amalan urus tadbir," katanya.

Melangkah ke hadapan, katanya oleh itu terdapat potensi peningkatan yang hebat bagi
kewangan Islam. "Ketika tahap perkembangan industri perkhidmatan Islam berjalan pesat, persekitaran yang semakin rumit dan mencabar itu akan terus membentuk peningkatannya.

"Tumpuan kepada ini ialah perkembangan parameter perniagaan dan penawaran produk yng inovatif. Untuk itu, terdapat pelaburan yang meningkat dalam penyelidikan dan pembangunan bagi membuahkan pelaburan baru dan struktur bagi menampung keperluan yang berubah komuniti antarabangsa," tambahnya.

Beliau memberitahu hadirin bahawa secara khusus, bidang tumpuan berkaitan ialah pembangunan mekanisme bagi pengurangan risiko dan pengurusan kecairan. Beliau juga berkata bahawa inovasi yang meningkat mahukan penekanan lebih besar ke atas pelaksanaan amalan terbaik dan standard pengurusan risiko yang lebih tinggi dengan keperluan sokongan lebih ke atas aplikasi IT dan juga memperkukuhkan keupayaan pengurusan institusi
kewangan Islam.

"Dengan keprihatinan dan kefahaman yang meningkat terhadap
kewangan Islam, peranan disiplin pasaran akan menjadi lebih penting dalam memacu institusi kewangan Islam ke arah memastikan pematuhan Syariah dalam operasi, menambah baik kecekapan operasi dan menguatkuasakan amalan pengurusan risiko yang baik dan dinamik," tambah beliau. - BERNAMA

Read more...

Anda sedang dibuai CINTA...???


JOm menilai saat CINTA anda...

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.


Read more...

MALAYSIAKU

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP