Wednesday, August 26, 2009

Teleskop Hubble

Ia adalah sebuah teleskop luar angkasa yang berada di orbit bumi. Nama Hubble diambil dari ilmuan terkenal Amerika Syarikat, Edwin Hubble yang juga merupakan penemu hukum Hubble. Teleskop Hubble begitu berjasa terhadap penemuan baru di angkasa raya.

Pada tahun 1962, Akademi Sains Nasional Amerika mencadangkan untuk membangunkan sebuah teleskop raksasa. Rentetan dari cadangan tersebut, pada tahun 1977, Kongres Ameriak mula mengumpul dana untuk membiayai projek tersebut. Pada tahun yang sama, pembuatan teleskop Hubble dimulakan.

Konstruksi teleskop Hubble berjaya disiapkan pada tahun 1985. Hubble telah dilancarkan pertama kali pada tanggal 25 April 1990. Dalam perancangan awal, Hubble dijangka beroperasi pada tahun 1986 tetapi ditunda kerana bencana Pesawat Angkasa Challenger.

Setelah beberapa tahun beroperasi, Hubble telah mengirimkan beberapa imej gambar tetapi tidak jelas. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, NASA telah mendapati bahawa lensa pada teleskop tersebut bergeser sebanyak 1/50 ketebalan rambut manusia.
Pada Disember 1993, Pesawat Ulang Alik Endeavor telah digunakan untuk menyelesaikan masalah Hubble dengan menambah kamera baru untuk memperbaiki pada lensa primernya.

UKURAN

Ketebalan teleskop Hubble mencapai 13.1 meter, 4.27 diameter dan 11,000 kilogram berat. Pendek kata, ukuran Hubble hampir sama dengan sebuah bus sekolah.

LENSA primer teleskop Hubble berdiameter 2.4 meter dan berat mencapai 826 kilogram. Lensa ini diperbuat daripada kaca yang dilapisi oleh lapisan nipis aluminium murni untuk memantulkan cahaya. Selain lapisan aluminium, lensanya juga memiliki lapisan magnesium fluorida yang berguna untuk mencegah pengoksidaan dan sinar ultra violet dari matahari agar lensa ini tidak cepat rosak.

PENGOPERASIAN

- Hubble merakam gambar dan gambar tersebut akan diubah menjadi kod digital dan diradiasikan ke bumi dengan menggunakan antena yang memiliki kekuatan mengirimkan data 1 juta bite per saat .Setelah kod digital diterima oleh stesen di bumi, kod itu akan diubah menjadi foto dan spektrograf (sebuah instrumen yang digunakan untuk mencatat spektrum astronomikal).

Sejak pertama kali beroperasi, teleskop ini dikendalikan dari Goddard Space Flight Center di Greenbelt, Md.

-PENGOPERASIAN LAIN


Hubble banyak membantu para ilmuan dalam mempelajari, mengobservasi dan memahami tentang angkasa raya, objek luar angkasa (seperti lubang hitam/black hole, galaksi, nebula, bintang), dan lainnya. Hubble adalah teleskop angkasa yang berjaya menemukan Xena, planet ke-10, berserta satelitnya, Gabrielle.


Selain itu, Hubble juga banyak mengirimkan gambar-gambar yang menakjubkan tentang kejadian di luar angkasa seperti super nova (ledakan bintang), lahirnya bintang dan sebagainya.


Tuntasnya, teleskop Hubble sepatutnya kan ditamatkan tempoh operasinya pada akhir thaun 2005 tetapi atas faktor tertentu ia dilanjutka oleh pihak NASA pada bulan Oktober 1997 bermula tahun 2005 hingga 2010 dan telesekop Hubble ini akan digantikan oleh teleskop James Webb.

0 comments:

MALAYSIAKU

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP