Teleskop Hubble

Pada tahun 1962, Akademi Sains Nasional Amerika mencadangkan untuk membangunkan sebuah teleskop raksasa. Rentetan dari cadangan tersebut, pada tahun 1977, Kongres Ameriak mula mengumpul dana untuk membiayai projek tersebut. Pada tahun yang sama, pembuatan teleskop Hubble dimulakan.
Konstruksi teleskop Hubble berjaya disiapkan pada tahun 1985. Hubble telah dilancarkan pertama kali pada tanggal 25 April 1990. Dalam perancangan awal, Hubble dijangka beroperasi pada tahun 1986 tetapi ditunda kerana bencana Pesawat Angkasa Challenger.
Setelah beberapa tahun beroperasi, Hubble telah mengirimkan beberapa imej gambar tetapi tidak jelas. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, NASA telah mendapati bahawa lensa pada teleskop tersebut bergeser sebanyak 1/50 ketebalan rambut manusia.
Pada Disember 1993, Pesawat Ulang Alik Endeavor telah digunakan untuk menyelesaikan masalah Hubble dengan menambah kamera baru untuk memperbaiki pada lensa primernya.
UKURAN
Ketebalan teleskop Hubble mencapai 13.1 meter, 4.27 diameter dan 11,000 kilogram berat. Pendek kata, ukuran Hubble hampir sama dengan sebuah bus sekolah.
PENGOPERASIAN
-
Sejak pertama kali beroperasi, teleskop ini dikendalikan dari Goddard Space Flight Center di Greenbelt, Md.
-
Hubble banyak membantu para ilmuan dalam mempelajari, mengobservasi dan memahami tentang angkasa raya, objek luar angkasa (seperti lubang hitam/black hole, galaksi, nebula, bintang), dan lainnya. Hubble adalah teleskop angkasa yang berjaya menemukan Xena, planet ke-10, berserta satelitnya, Gabrielle.
Selain itu, Hubble juga banyak mengirimkan gambar-gambar yang menakjubkan tentang kejadian di luar angkasa seperti super nova (ledakan bintang), lahirnya bintang dan sebagainya.